Setiap kali pergi melancong ke luar negara, kita akan tertanya tanya berapa duit yang perlu ditukar. Mata wang asing bagi kita tak bernilai bila kita pulang semula ke Malaysia, disebabkan itu kita akan berfikir rugi kalau tukar banyak sangat takut ada lebihan. Untuk mereka yang ingin pergi memborong di Pasar Ben Thanh, tak perlu takut kalau tak cukup duit Vietnam Dong kerana anda boleh guna duit Ringgit Malaysia di Pasar Ben Thanh. Malah mereka lebih gembira menerima Ringgit(RM) daripada Vietnam Dong(VND).
Sebelum pergi ke Vietnam, seeloknya tukar RM1000 ringgit ke dalam Vietnam Dong. Ini adalah untuk pegunaan dibawah.
1. Membeli Sim Kad di Airport bayar dalam VND
2. Naik Taxi pergi balik dari Tan Son Nhat Airport ke Hotel bayar dalam VND.
3. Penggunaan Taxi dalam bandar guna VND.
4. Tiket untuk masuk muzium dan tiket tiket lain(jika ada) guna VND.
Semua bayaran yang disenaraikan diatas sebenarnya tak sampai pon seribu ringgit. Tapi just untuk persediaan sekiranya ada tempat yang hanya terima VND.
Sebenarnya bayar dalam Ringgit Malaysia adalah lebih mahal kerana 1,000,000 (sejuta VND) adalah bersamaan dengan RM189.70. Bila anda membeli barang berjumlah 2,000,000 VND mereka akan bagitahu dalam ringgit malaysia ialah RM400.00. Padahal jika anda convert balik dua juta VND bersamaan dengan RM379.40 (( 2,000,000 x 189.70) / 1000000).
Duit Ringgit Malaysia juga boleh digunakan di restaurant makanan halal di sepanjang jalan Nguyen An Ninh ( Jalan Kampung Melayu). Ini kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang pergi membeli belah di kawasan Ben Thanh, jadi mereka sudah biasa dengan rakyat Malaysia dan menerima Ringgit Malaysia. Mereka juga boleh cakap bahasa Malaysia. Jadi tidak hairan lah duit Malaysia diterima di Ben Thanh Market.
Satu perkara lagi, setiap perkhidmatan yang diberikan oleh mereka sebagai contoh pemandu taxi, bellboy dan pengayuh sampan di Mekong, mereka semua mahu TIP daripada anda. Sediakan wang kecil RM5 atau 20000VND setiap kali bagi TIP kepada mereka.
Sekiranya anda sudah kehabisan duit Vietnam Dong, anda boleh tukar duit di money changer di jalan Nguyen An Ninh, iaitu sebelah Ben Thanh Market. ada dua kedai Money Changer di situ. Rate pon lebih kurang sahaja.
Beli Borong Di Vietnam Dan China Serta Melancong Satu Dunia Berniaga Online Dengan Teknik Marketing Facebook Paling Berkesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Borong Barang Di Cina
Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia berniaga online. Ini adalah disebabkan oleh fenomena ilmu facebook ads yang dikongsi dan diaja...
-
Setiap kali pergi melancong ke luar negara, kita akan tertanya tanya berapa duit yang perlu ditukar. Mata wang asing bagi kita tak bernilai ...
-
Ketika melawat Vietnam, salah satu perkara yang akan anda tertarik ialah bagpack. Vietnam adalah salah sebuah negara yang mempunyai kilang m...
No comments:
Post a Comment