Monday, 25 December 2017

Beg Deuter Murah Original Vietnam

Ketika melawat Vietnam, salah satu perkara yang akan anda tertarik ialah bagpack. Vietnam adalah salah sebuah negara yang mempunyai kilang membuat beg seperti Deuter, Karrimor, North Face, Hypergear, Osprey  dan sebagainya. Oleh itu harga yang dijual sangat murah dengan pelbagai pilihan beg. Jadi macam mana nak membeli bagpack murah di Vietnam?

 Di sini saya nak sentuh berkenaan dengan janama Deuter. Deuter telah memberi license kepada kilang Duke di Vietnam untuk menjahit bag jenamanya. Disebabkan itu banyak beg Deuter kelihatan dijual di Vietnam. Ada pelbagai jenis beg Deuter di pasaran dengan harga bermula dari RM25.00.

 Kalau anda nak murah, begpack Deuter yang dijual dipasar malam boleh dapat dengan harga RM25.00 tapi itu bukan original dari kilang yang dapat license memjahit beg Deuter original. Bila anda tengok beg tiruan deuter ini. Anda tidak dapat membezakannya kerana jahitan dan cop yang ada pada beg sama seperti original. Orang yang tidak tahu pasal beg langsung akan berkata beg yang anda pakai adalah beg original walaupun anda beli dengan harga RM25.00.

 Biasanya beg yang mahal atau original Vietnam hanya dijual di butik beg atau kedai kasut. Beg yang dijual itu mahal sedikit dari yang dijual di pasar malam. Kebanyakkan penjual akan beritahu anda bahawa beg itu adalah Original Deuter Vietnam. Bila anda lihat nampak sama sahaja dengan beg yang murah di pasar malam. Ini bermakna beg itu di buat dikilang yang sama tapi tiada warranty Deuter. Jadi beg ini sebenarnya masih lagi bukan original.

 Beg Deuter yang original sebenarnya harganya mahal walaupun dijual di Vietnam kerana beg yang dibuat di kilang Duke Vietnam hanyalah untuk diexport dan bukan untuk pasaran tempatan. Sebab itu harganya mahal. Harganya lebih kurang sahaja dengan harga yang anda lihat di website Deuter. Jika anda nak beli betul betul original saya cadangkan beli dengan authorize dealer Deuter. Kerana hanya mereka sahaja yang menjual beg original dan beg mempunyai warranty.

 Ciri ciri beg Deuter yang betul betul original adalah seperti berikut :
  1. Nombor Siri
  2. Anda periksa betul betul dalam beg tersebut. Mesti ada cop nombor siri untuk beg yang original.
  3. Tag
  4. Lepas tu anda periksa pula tag. Tag yang di tulis mestilah mempunyai nama company "Deuter Sport GmbH & Co. KG Germany"
  5. Material
  6. Material yang digunakan adalah synthetic fibres: Polyamide (Nylon) and Polyester. Perlu diingatkan semua beg Deuter bukan kalis air. Beg Deuter yang original biasanya boleh tahan lebih 10 tahun.
  7. Zip
  8. Zip yang digunakan pula adalah dari jenama YKK. Jika zip rosak dalam masa tempoh setahun anda boleh pergi check dengan dealer untuk claim warranty. Tapi mestilah bukan disebabkan oleh kecuaian anda.
  9. Logo Deuter.
  10. Lihat betul betul beg Deuter tiruan. Logo yang dicetak tak menarik dan tak kemas.
  11. Penggunaan beg
  12. Beg Deuter yang direka memang untuk sedap pakai. Bila masuk hutan, mengembara atau travel, anda kurang rasa cepat lenguh. Beg yang dibuat itu memang untuk support belakang anda.
Anda boleh rujuk di laman Deuter kalau nak tengok pengenalan pasal syarikat Deuter http://www.deuter.com/DE/en/about-deuter.html

Jadi jika anda berada di Vietnam pikirlah dua tiga kali sebelum beli beg Deuter. Kalau anda Ok jer dengan beg tiruan, maka belilah dengan harga yang murah. Tapi jika anda pentingkan kualiti dan nilai wang anda, saya cadangkan belilah yang original dari dealer Deuter yang sah. Ini kerana bukan setakat duit tapi juga untuk kesihatan kita. Beg Deuter original yang dibuat adalah dari penyelidikan yang sistematik. Pereka beg Deuter mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam penggunaan beg.

 Akhir kata, terserahlah kepada masing masing untuk beli beg Deuter original atau tiruan.




No comments:

Post a Comment

Borong Barang Di Cina

Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia berniaga online. Ini adalah disebabkan oleh fenomena ilmu facebook ads yang dikongsi dan diaja...