Beli Borong Di Vietnam Dan China Serta Melancong Satu Dunia Berniaga Online Dengan Teknik Marketing Facebook Paling Berkesan.
Tuesday, 26 December 2017
20 Tempat Menarik Di Ho Chi Minh Vietnam
Ho Chi Minh City atau Saigon City memberikan kesan yang mendalam kepada setiap pelancong. Ramai melihat bandar ini sebagai bandar yang baru dan bersemangat membangun dalam bidang perniagaan. Bersama dengan unsur bandar yang lebih moden, Ho Chi Minh City juga menawarkan pelbagai nilai sejarah dan tarikan tradisional negara Vietnam yang wujud sekian lama. Bandar ini yang dahulu dikenali sebagai Saigon City yang dibangunkan lebih 400 tahun yang lalu dengan begitu pantas membangun untuk keperluan pelancongan.
Bandar ini yang menarik lebih daripada 5 juta pelancong asing setiap tahun kini menyumbang hampir separuh jumlah pelawat ke Vietnam membuktikan ianya ada sebuah pusat pelancongan yang mampu maju di rantau Asia. Dengan pembangunan pesat bandar ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan pelancongan seperti kemudahan internet dan komunikasi, perkhidmatan teksi yang sistematik, restoran halal untuk muslim, tarikan pusat hiburan dan sebagainya. Perkhidmatan ini dapat dilihat sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi terkini serta permintaan semasa.
Pelancong juga boleh menikmati pelbagai makanan tempatan di bandar Ho Chi Minh. Banyak hidangan istimewa yang boleh didapati di restoran dalam bandar serta makanan jalanan yang istimewa dengan harga berpatutan. Buah buahan yang dijual di dalam pasar dan jalan dengan kuantiti yang sedikit membolehkan pelancong merasai sendiri dan memilih untuk buah buahan tempatan yang sukar didapati di negara maju. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang menganggap Ho Chi Minh ialah syurga makanan.
Terdapat begitu banyak untuk ditemui di Ho Chi Minh City bahawa pelancong mungkin merasa terharu. Berikut adalah tempat tempat menarik untuk dilawati di bandar Ho Chi Minh Vietnam :
Reunification Palace
Alamat : Nam Ky Khoi Nghia Street, District 1.
Waktu Operasi : 7:30am - 4:00pm
Tiket : VND30000
City Hall
Alamat : Le Thanh Ton, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am - 4:00pm
Tiket : Free
The Opera House
Alamat : Lam Son Square, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am - 10:00pm
Tiket : Free
Saigon Central Post Office
Alamat : Cong Xa Paris, District 1.
Waktu Operasi : 7:00am to 6:00pm
Tiket : Free
Notre Dame Cathedral
Alamat : Cong Xa Paris, District 1.
Waktu Operasi : 7:00am - 6:00pm
Tiket : Free
Ho Chi Minh City Museum
Alamat : Ly Tu Trong, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am - 6:00pm
Tiket : VND16000
Museum of History
Alamat : Nguyen Binh Khiem, District 1.
Waktu Operasi : 8:00 am - 6:00pm
Tiket : VND16000
War Museum
Alamat : Vo Van Tan, District 3.
Waktu Operasi : 7:00am to 6:00pm
Tiket : VND16000
Ho Chi Minh City Fine Arts Museum
Alamat : Pho Duo Chinh, District 1.
Waktu Operasi : 9:00am - 6:00pm
Tiket : VND10000
Southern Vietnam Women Museum
Alamat : Vo Thi Sau, District 3.
Waktu Operasi : 8:00am to 6:00pm
Tiket : Free
The Archbishop Palace
Alamat : Nguyen Dinh Chieu, District 3.
Waktu Operasi : 8:00am to 4:00pm
Tiket : Free
Vinh Nghiem Pagoda
Alamat : Nam ky Khoi Nghia, District 3.
Waktu Operasi : 1:00pm to 6:00pm
Tiket : Free
Jade Emperor Pagoda
Alamat : Mai Thi Luu, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am to 6:00pm
Tiket : Free
Tran hung Dao Temple
Alamat : Vo Thi Sau, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am to 6:00pm
Tiket : Free
Xa Loi Pagoda
Alamat : Ba Hyuen Thanh Quan, District 3.
Waktu Operasi : 7:00am to 6:00pm
Tiket : Free
Thien Hau Pagoda
Alamat : Nguyen Trai, District 5.
Waktu Operasi : 6:00am to 5:00pm
Tiket : Free
Gereja Tan Dinh
Alamat : Hai Ba Trung, District 1
Tiket : Free
Gereja Huyen Sy
Alamat : Ton That Tung, District 1.
Tiket : Free
Masjid Jamia Al Muslimin
Alamat : Dong Du, District 1.
Tiket : Free
Kuil Mariamman Hindu
Alamat : Truong Dinh, District 1.
Tiket : Free
Monday, 25 December 2017
Beg Deuter Murah Original Vietnam
Ketika melawat Vietnam, salah satu perkara yang akan anda tertarik ialah bagpack. Vietnam adalah salah sebuah negara yang mempunyai kilang membuat beg seperti Deuter, Karrimor, North Face, Hypergear, Osprey dan sebagainya. Oleh itu harga yang dijual sangat murah dengan pelbagai pilihan beg. Jadi macam mana nak membeli bagpack murah di Vietnam?
Di sini saya nak sentuh berkenaan dengan janama Deuter. Deuter telah memberi license kepada kilang Duke di Vietnam untuk menjahit bag jenamanya. Disebabkan itu banyak beg Deuter kelihatan dijual di Vietnam. Ada pelbagai jenis beg Deuter di pasaran dengan harga bermula dari RM25.00.
Kalau anda nak murah, begpack Deuter yang dijual dipasar malam boleh dapat dengan harga RM25.00 tapi itu bukan original dari kilang yang dapat license memjahit beg Deuter original. Bila anda tengok beg tiruan deuter ini. Anda tidak dapat membezakannya kerana jahitan dan cop yang ada pada beg sama seperti original. Orang yang tidak tahu pasal beg langsung akan berkata beg yang anda pakai adalah beg original walaupun anda beli dengan harga RM25.00.
Biasanya beg yang mahal atau original Vietnam hanya dijual di butik beg atau kedai kasut. Beg yang dijual itu mahal sedikit dari yang dijual di pasar malam. Kebanyakkan penjual akan beritahu anda bahawa beg itu adalah Original Deuter Vietnam. Bila anda lihat nampak sama sahaja dengan beg yang murah di pasar malam. Ini bermakna beg itu di buat dikilang yang sama tapi tiada warranty Deuter. Jadi beg ini sebenarnya masih lagi bukan original.
Beg Deuter yang original sebenarnya harganya mahal walaupun dijual di Vietnam kerana beg yang dibuat di kilang Duke Vietnam hanyalah untuk diexport dan bukan untuk pasaran tempatan. Sebab itu harganya mahal. Harganya lebih kurang sahaja dengan harga yang anda lihat di website Deuter. Jika anda nak beli betul betul original saya cadangkan beli dengan authorize dealer Deuter. Kerana hanya mereka sahaja yang menjual beg original dan beg mempunyai warranty.
Ciri ciri beg Deuter yang betul betul original adalah seperti berikut :
Jadi jika anda berada di Vietnam pikirlah dua tiga kali sebelum beli beg Deuter. Kalau anda Ok jer dengan beg tiruan, maka belilah dengan harga yang murah. Tapi jika anda pentingkan kualiti dan nilai wang anda, saya cadangkan belilah yang original dari dealer Deuter yang sah. Ini kerana bukan setakat duit tapi juga untuk kesihatan kita. Beg Deuter original yang dibuat adalah dari penyelidikan yang sistematik. Pereka beg Deuter mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam penggunaan beg.
Akhir kata, terserahlah kepada masing masing untuk beli beg Deuter original atau tiruan.

- Nombor Siri Anda periksa betul betul dalam beg tersebut. Mesti ada cop nombor siri untuk beg yang original.
- Tag Lepas tu anda periksa pula tag. Tag yang di tulis mestilah mempunyai nama company "Deuter Sport GmbH & Co. KG Germany"
- Material Material yang digunakan adalah synthetic fibres: Polyamide (Nylon) and Polyester. Perlu diingatkan semua beg Deuter bukan kalis air. Beg Deuter yang original biasanya boleh tahan lebih 10 tahun.
- Zip Zip yang digunakan pula adalah dari jenama YKK. Jika zip rosak dalam masa tempoh setahun anda boleh pergi check dengan dealer untuk claim warranty. Tapi mestilah bukan disebabkan oleh kecuaian anda.
- Logo Deuter. Lihat betul betul beg Deuter tiruan. Logo yang dicetak tak menarik dan tak kemas.
- Penggunaan beg Beg Deuter yang direka memang untuk sedap pakai. Bila masuk hutan, mengembara atau travel, anda kurang rasa cepat lenguh. Beg yang dibuat itu memang untuk support belakang anda.
Jadi jika anda berada di Vietnam pikirlah dua tiga kali sebelum beli beg Deuter. Kalau anda Ok jer dengan beg tiruan, maka belilah dengan harga yang murah. Tapi jika anda pentingkan kualiti dan nilai wang anda, saya cadangkan belilah yang original dari dealer Deuter yang sah. Ini kerana bukan setakat duit tapi juga untuk kesihatan kita. Beg Deuter original yang dibuat adalah dari penyelidikan yang sistematik. Pereka beg Deuter mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam penggunaan beg.
Akhir kata, terserahlah kepada masing masing untuk beli beg Deuter original atau tiruan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Borong Barang Di Cina
Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia berniaga online. Ini adalah disebabkan oleh fenomena ilmu facebook ads yang dikongsi dan diaja...
-
Setiap kali pergi melancong ke luar negara, kita akan tertanya tanya berapa duit yang perlu ditukar. Mata wang asing bagi kita tak bernilai ...
-
Ketika melawat Vietnam, salah satu perkara yang akan anda tertarik ialah bagpack. Vietnam adalah salah sebuah negara yang mempunyai kilang m...