Thursday, 1 February 2018

Borong Barang Di Cina

Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia berniaga online. Ini adalah disebabkan oleh fenomena ilmu facebook ads yang dikongsi dan diajar oleh netizen di atas facebook serta diatas laman social media yang lain.

Disebabkan itu ramai muda mudi sudah pandai berniaga secara kecil kecilan. Dari jeni perniagaan dropship sehinggalah buka perniagaan sendiri. Ada yang telah berjaya dengan mengeluarkan produk sendiri dan dipasarkan melalui laman social facebook dan instagram.

Bagi mereka yang tidak mempunyai produk sendiri, bolehlah pergi mengambil stock dari Cina dan jual di atas talian internet.  Cina mempunyai pelbagai jenis produk. Dari peranti elektronik yang kecil sehinggalah produk skala besar. Rakyat Cina telah lama berniaga semasa mereka dan kini mereka telah membuka pasaran untuk orang luar datang membeli belah.

Jika anda seorang yang ingin berniaga produk Cina, saya sarankan anda study dulu sebelum pergi ke Cina. Baca semua tulisan saya dalam blog ini berkenaan dengan Cina sebelum ke sana. Saya akan huraikan satu persatu cara untuk kesana dan tempat yang boleh dilawati untuk membeli belah. Berikut adalah perkara-perkara yang akan dibincangkan.

  1. Tarikh pergi ke Cina
  2. Tiket kapal terbang AirAsia
  3. Visa negara Cina
  4. Pakaian dan Beg Luggage untuk Cina.
  5. Wang yang perlu dibawa untuk kesana.
  6. Tempat membeli belah
  7. Hotel dan Tempat makan Di Cina
  8. Pengangkutan di Cina
  9. Perkara lain yang perlu dibawa seperti calculator
  10. Facebook dan Internet Connection di Cina
  11. Cara membeli belah.
  12. Penghantaran barang ke Malaysia dari Cina




Tuesday, 26 December 2017

20 Tempat Menarik Di Ho Chi Minh Vietnam


Ho Chi Minh City atau Saigon City memberikan kesan yang mendalam kepada setiap pelancong. Ramai melihat bandar ini sebagai bandar yang baru dan bersemangat membangun dalam bidang perniagaan. Bersama dengan unsur bandar yang lebih moden, Ho Chi Minh City juga menawarkan pelbagai nilai sejarah dan tarikan tradisional negara Vietnam yang wujud sekian lama. Bandar ini yang dahulu dikenali sebagai Saigon City yang dibangunkan lebih 400 tahun yang lalu dengan begitu pantas membangun untuk keperluan pelancongan.

Bandar ini yang menarik lebih daripada 5 juta pelancong asing setiap tahun kini menyumbang hampir separuh jumlah pelawat ke Vietnam membuktikan ianya ada sebuah pusat pelancongan yang mampu maju di rantau Asia. Dengan pembangunan pesat bandar ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan pelancongan seperti kemudahan internet dan komunikasi, perkhidmatan teksi yang sistematik, restoran halal untuk muslim, tarikan pusat hiburan dan sebagainya. Perkhidmatan ini dapat dilihat sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi terkini serta permintaan semasa.

Pelancong juga boleh menikmati pelbagai makanan tempatan di bandar Ho Chi Minh. Banyak hidangan istimewa yang boleh didapati di restoran dalam bandar serta makanan jalanan yang istimewa dengan harga berpatutan. Buah buahan yang dijual di dalam pasar dan jalan dengan kuantiti yang sedikit membolehkan pelancong merasai sendiri dan memilih untuk buah buahan tempatan yang sukar didapati di negara maju. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang menganggap Ho Chi Minh ialah syurga makanan.

Terdapat begitu banyak untuk ditemui di Ho Chi Minh City bahawa pelancong mungkin merasa terharu. Berikut adalah tempat tempat menarik untuk dilawati di bandar Ho Chi Minh Vietnam :

Reunification Palace
Alamat : Nam Ky Khoi Nghia Street, District 1.
Waktu Operasi : 7:30am - 4:00pm
Tiket : VND30000

City Hall
Alamat : Le Thanh Ton, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am - 4:00pm
Tiket : Free

The Opera House
Alamat : Lam Son Square, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am - 10:00pm
Tiket : Free

Saigon Central Post Office
Alamat : Cong Xa Paris, District 1.
Waktu Operasi : 7:00am to 6:00pm
Tiket : Free

Notre Dame Cathedral
Alamat : Cong Xa Paris, District 1.
Waktu Operasi : 7:00am - 6:00pm
Tiket : Free

Ho Chi Minh City Museum

Alamat : Ly Tu Trong, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am - 6:00pm
Tiket : VND16000

Museum of History

Alamat : Nguyen Binh Khiem, District 1.
Waktu Operasi : 8:00 am - 6:00pm
Tiket : VND16000

War Museum
Alamat : Vo Van Tan, District 3.
Waktu Operasi : 7:00am to 6:00pm
Tiket : VND16000

Ho Chi Minh City Fine Arts Museum

Alamat : Pho Duo Chinh, District 1.
Waktu Operasi : 9:00am - 6:00pm
Tiket : VND10000

Southern Vietnam Women Museum
Alamat : Vo Thi Sau, District 3.
Waktu Operasi : 8:00am to 6:00pm
Tiket : Free

The Archbishop Palace
Alamat : Nguyen Dinh Chieu, District 3.
Waktu Operasi : 8:00am to 4:00pm
Tiket : Free

Vinh Nghiem Pagoda
Alamat : Nam ky Khoi Nghia, District 3.
Waktu Operasi : 1:00pm to 6:00pm
Tiket : Free

Jade Emperor Pagoda
Alamat : Mai Thi Luu, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am to 6:00pm
Tiket : Free

Tran hung Dao Temple

Alamat : Vo Thi Sau, District 1.
Waktu Operasi : 8:00am to 6:00pm
Tiket : Free

Xa Loi Pagoda

Alamat : Ba Hyuen Thanh Quan, District 3.
Waktu Operasi : 7:00am to 6:00pm
Tiket : Free


Thien Hau Pagoda
Alamat : Nguyen Trai, District 5.
Waktu Operasi : 6:00am to 5:00pm
Tiket : Free

Gereja Tan Dinh

Alamat : Hai Ba Trung, District 1
Tiket : Free

Gereja Huyen Sy
Alamat : Ton That Tung, District 1.
Tiket : Free

Masjid Jamia Al Muslimin
Alamat : Dong Du, District 1.
Tiket : Free

Kuil Mariamman Hindu
Alamat : Truong Dinh, District 1.
Tiket : Free
 


 
  

Monday, 25 December 2017

Beg Deuter Murah Original Vietnam

Ketika melawat Vietnam, salah satu perkara yang akan anda tertarik ialah bagpack. Vietnam adalah salah sebuah negara yang mempunyai kilang membuat beg seperti Deuter, Karrimor, North Face, Hypergear, Osprey  dan sebagainya. Oleh itu harga yang dijual sangat murah dengan pelbagai pilihan beg. Jadi macam mana nak membeli bagpack murah di Vietnam?

 Di sini saya nak sentuh berkenaan dengan janama Deuter. Deuter telah memberi license kepada kilang Duke di Vietnam untuk menjahit bag jenamanya. Disebabkan itu banyak beg Deuter kelihatan dijual di Vietnam. Ada pelbagai jenis beg Deuter di pasaran dengan harga bermula dari RM25.00.

 Kalau anda nak murah, begpack Deuter yang dijual dipasar malam boleh dapat dengan harga RM25.00 tapi itu bukan original dari kilang yang dapat license memjahit beg Deuter original. Bila anda tengok beg tiruan deuter ini. Anda tidak dapat membezakannya kerana jahitan dan cop yang ada pada beg sama seperti original. Orang yang tidak tahu pasal beg langsung akan berkata beg yang anda pakai adalah beg original walaupun anda beli dengan harga RM25.00.

 Biasanya beg yang mahal atau original Vietnam hanya dijual di butik beg atau kedai kasut. Beg yang dijual itu mahal sedikit dari yang dijual di pasar malam. Kebanyakkan penjual akan beritahu anda bahawa beg itu adalah Original Deuter Vietnam. Bila anda lihat nampak sama sahaja dengan beg yang murah di pasar malam. Ini bermakna beg itu di buat dikilang yang sama tapi tiada warranty Deuter. Jadi beg ini sebenarnya masih lagi bukan original.

 Beg Deuter yang original sebenarnya harganya mahal walaupun dijual di Vietnam kerana beg yang dibuat di kilang Duke Vietnam hanyalah untuk diexport dan bukan untuk pasaran tempatan. Sebab itu harganya mahal. Harganya lebih kurang sahaja dengan harga yang anda lihat di website Deuter. Jika anda nak beli betul betul original saya cadangkan beli dengan authorize dealer Deuter. Kerana hanya mereka sahaja yang menjual beg original dan beg mempunyai warranty.

 Ciri ciri beg Deuter yang betul betul original adalah seperti berikut :
  1. Nombor Siri
  2. Anda periksa betul betul dalam beg tersebut. Mesti ada cop nombor siri untuk beg yang original.
  3. Tag
  4. Lepas tu anda periksa pula tag. Tag yang di tulis mestilah mempunyai nama company "Deuter Sport GmbH & Co. KG Germany"
  5. Material
  6. Material yang digunakan adalah synthetic fibres: Polyamide (Nylon) and Polyester. Perlu diingatkan semua beg Deuter bukan kalis air. Beg Deuter yang original biasanya boleh tahan lebih 10 tahun.
  7. Zip
  8. Zip yang digunakan pula adalah dari jenama YKK. Jika zip rosak dalam masa tempoh setahun anda boleh pergi check dengan dealer untuk claim warranty. Tapi mestilah bukan disebabkan oleh kecuaian anda.
  9. Logo Deuter.
  10. Lihat betul betul beg Deuter tiruan. Logo yang dicetak tak menarik dan tak kemas.
  11. Penggunaan beg
  12. Beg Deuter yang direka memang untuk sedap pakai. Bila masuk hutan, mengembara atau travel, anda kurang rasa cepat lenguh. Beg yang dibuat itu memang untuk support belakang anda.
Anda boleh rujuk di laman Deuter kalau nak tengok pengenalan pasal syarikat Deuter http://www.deuter.com/DE/en/about-deuter.html

Jadi jika anda berada di Vietnam pikirlah dua tiga kali sebelum beli beg Deuter. Kalau anda Ok jer dengan beg tiruan, maka belilah dengan harga yang murah. Tapi jika anda pentingkan kualiti dan nilai wang anda, saya cadangkan belilah yang original dari dealer Deuter yang sah. Ini kerana bukan setakat duit tapi juga untuk kesihatan kita. Beg Deuter original yang dibuat adalah dari penyelidikan yang sistematik. Pereka beg Deuter mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam penggunaan beg.

 Akhir kata, terserahlah kepada masing masing untuk beli beg Deuter original atau tiruan.




Friday, 1 September 2017

Berapakah Duit Vietnam Dong Yang Perlu Ditukar Untuk Memborong Di Ben Thanh Market

Setiap kali pergi melancong ke luar negara, kita akan tertanya tanya berapa duit yang perlu ditukar. Mata wang asing bagi kita tak bernilai bila kita pulang semula ke Malaysia, disebabkan itu kita akan berfikir rugi kalau tukar banyak sangat takut ada lebihan. Untuk mereka yang ingin pergi memborong di Pasar Ben Thanh, tak perlu takut kalau tak cukup duit Vietnam Dong kerana anda boleh guna duit Ringgit Malaysia di Pasar Ben Thanh. Malah mereka lebih gembira menerima Ringgit(RM) daripada Vietnam Dong(VND).

Sebelum pergi ke Vietnam, seeloknya tukar RM1000 ringgit ke dalam Vietnam Dong. Ini adalah untuk pegunaan dibawah.

1. Membeli Sim Kad di Airport bayar dalam VND
2. Naik Taxi pergi balik dari Tan Son Nhat Airport ke Hotel bayar dalam VND.
3. Penggunaan Taxi dalam bandar guna VND.
4. Tiket untuk masuk muzium dan tiket tiket lain(jika ada) guna VND.

Semua bayaran yang disenaraikan diatas sebenarnya tak sampai pon seribu ringgit. Tapi just untuk persediaan sekiranya ada tempat yang hanya terima VND.

Sebenarnya bayar dalam Ringgit Malaysia adalah lebih mahal kerana 1,000,000 (sejuta VND) adalah bersamaan dengan RM189.70. Bila anda membeli barang berjumlah 2,000,000 VND mereka akan bagitahu dalam ringgit malaysia ialah RM400.00. Padahal jika anda convert balik dua juta VND bersamaan dengan RM379.40 (( 2,000,000 x 189.70) / 1000000).

Duit Ringgit Malaysia juga boleh digunakan di restaurant makanan halal di sepanjang jalan Nguyen An Ninh ( Jalan Kampung Melayu). Ini kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang pergi membeli belah di kawasan Ben Thanh, jadi mereka sudah biasa dengan rakyat Malaysia dan menerima Ringgit Malaysia. Mereka juga boleh cakap bahasa Malaysia. Jadi tidak hairan lah duit Malaysia diterima di Ben Thanh Market.

Satu perkara lagi, setiap perkhidmatan yang diberikan oleh mereka sebagai contoh pemandu taxi, bellboy dan pengayuh sampan di Mekong, mereka semua mahu TIP daripada anda. Sediakan wang kecil RM5 atau 20000VND setiap kali bagi TIP kepada mereka.

Sekiranya anda sudah kehabisan duit Vietnam Dong, anda boleh tukar duit di money changer di jalan Nguyen An Ninh, iaitu sebelah Ben Thanh Market. ada dua kedai Money Changer di situ. Rate pon lebih kurang sahaja.


Saya Nak Booking Hotel Mana di Bandar Ho Chi Minh

Ramai yang ingin tahu macam mana nak booking hotel di Bandar Ho Chi Minh. O.K. Saya akan share maklumat berkenaan dengan hotel di Bandar Ho Chi Minh. Berikut adalah sebagai panduan criteria untuk memilih hotel.

1. Map Ben Thanh Market
Tengok peta bandar Ho Chi Minh. Perhati betul betul, di manakah Ben Thanh Market. Bila anda buka website www.booking.com, anda taip carian "Ben Thanh Market". Cuba try sekarang. Anda akan nampak senarai hotel sekeliling market tersebut. Study peta adalah perkara pertama perlu dilakukan sebelum memilih hotel. Ketahui dahulu kedudukan tempat yang ingin kita lawati.

2. Tujuan Pergi Ke Ho Chi Minh
Jika anda pergi untuk memborong barang di Ben Thanh Market, saya cadangkan anda tinggal di hotel berdekatan dengan Ben Thanh  Market. Seeloknya pilih hotel di jalan Nguyen An Ninh kerana di situ terdapat banyak restaurant halal dan sangat dekat dengan Ben Thanh Market. Anda perlu duduk dekat dengan Ben Thanh Market kerana apabila anda borong barang, immediately anda nak hantar barang tersebut ke hotel. Anda tidak boleh bawa barang yang anda borong itu kesana sini sebab berat dan susah untuk bergerak. Jadi setiap kali borong barang, hantar jer barang itu ke bilik hotel anda. Selepas itu datang balik ke Ben Thanh Market. Bagi mereka yang pergi untuk melancong, tiada masalah jika anda ingin tinggal jauh dari Ben Thanh Market. kerana kekerapan pergi ke Ben Thanh Market adalah sekali sehari. Jadi kalau pilih hotel di Jalan Truong Dinh atau luar kawasan Ben Thanh pon takder masalah. Cuma anda perlu ingat, bahawa restaurant makanan halal kebanyakkan di Jalan Nguyen An Ninh.

3. Nama Jalan
Bila anda berada di Ho Chi Minh, saya percaya susah bagi anda nak ingat nama jalan dalam bahasa Vietnam. Itu yang selalu berlaku kepada kebanyakkan pelancong. Jadi perhatikan peta dan ingat jalan hotel anda sahaja pon dah OK. Sebenarnya nak pilih hotel di jalan mana pon takder masalah. Kalau nak hotel yang hebat, contohnya boleh jer pilih di jalan Dong Khoi. Masukkan keyword Dong Khoi, Ho Chi minh, nanti akan keluar hotel yang berdekatan jalan tersebut. Atau pon search keyword nama Sheraton Saigon Hotel.

4. Jumlah peserta
Setiap bilik mempunyai maksimum penghuni. Sekiranya anda pergi 5 orang termasuk anak yang bawah 3 tahun, anda tak perlu masukkan bilangan anak tersebut.  Jadi pilih sahaja bilik untuk 4 orang. Family room biasanya charge dalam USD50 satu malam. Jika anda membawa lebih peserta, mereka akan charge satu kepala lebih kurang USD15 satu malam. Ini termasuk breakfast. Tapi tiada tilam tambahan. Cuma boleh minta tuala, bantal dan selimut tambahan sahaja.

5. Jenis Hotel
Hotel di kawasan Ben Thanh, bukannya hotel bertaraf 4 atau 5 bintang. Jadi jangan lah nak expect high class sangat. Namun begitu kebanyakkan hotel di sini sangat selesa dan receptionist pon banyak membantu. Jadi semasa buat booking di booking.com, cari jer hotel yang dalam bajet anda dan berdekatan dengan Ben Thanh Market.

Lain orang lain taste. Kalau nak yang hebat hebat atau yang murah sangat dengan service tip top tu memang susah nak dapat. Yang pasti kita semua boleh berehat, tidur dengan nyenyak dan selamat semasa berada di hotel. 

Applikasi Android Terbaik Ketika Melancong Di Ho Chi Minh Vietnam

Pada zaman sekarang, semua orang mempunyai telefon pintar. Tapi tahukah kita memanfaatkan telefon tersebut untuk kegunaan harian? Ketika melancong ke Ho Chi Minh Vietnam, telefon pintar amat berguna untuk memudahkan urusan kita seharian. Saya senaraikan beberapa applikasi yang harus anda download untuk kegunaan semasa melancong ke Ho Chi Minh.


1. Waktu Solat Malaysia
http://q.gs/Drlp1
Ini adalah applikasi yang paling penting. Walaupun nama nya ada perkattan 'Malaysia' tapi ianya boleh juga digunakan di Vietnam. Bila sampai di Vietnam nanti, secara automatik lokasi anda berada akan diupdate dalam applikasi ini. Jadi anda boleh ketahui waktu solat di tempat anda di Vietnam dengan tepat. Malah dalam applikasi ini juga ada arah kiblat. Memang senang untuk digunakan.

2. XE Currency
http://q.gs/DrlpG
Bila kita menggunakan wang asing, maka calculator semula jadi kita kena cepat untuk convert duit asing ke dalam nilai duit Ringgit Malaysia. Untuk memudahkan otak kita, kita guna applikasi ini. walaupon tidak dapat nilai yang tepat tapi masih sangat berguna kerana ralatnya amat kecil sekali.

3. Grab Car
http://q.gs/DrlpT
Pemandu Taxi di Vietnam ni ada yang tak jujur. Saya pon terkena dengan taxi Vinasun. harga di meter ialah 123000 Vietnam Dong, tapi disuruh bayar 200000 Vietnam Dong. Katanya nak kena bayar tax airport. Jadi kalau ada applikasi Grab Car ni, anda boleh jer panggil diorang. Lagipon Grab Car mempunyai record. Kita nak complain pon senang. Tambang pon diorang tak boleh tipu.


4. Maps.me
http://q.gs/DrlpY
Ini Adalah applikasi peta offline. Mesti download semasa di Malaysia. Ianya digunakan apabila handphone android kita kehabisan langganan data. Jadi ketika itulah kita nak kena guna applikasi offline. Jika anda sesat, nak tahu kedudukan anda dimana, buka jer applikasi ini. Anda boleh ketahui tempat anda berada.

5. TripAdvisor
http://q.gs/Drlpf
Saya gunakan applikasi trip advisor untuk menyedut maklumat yang dibincangkan oleh pelancong pelancong lain yang mempunyai pengalaman di Vietnam. Maklumat itu amat penting supaya kita tidak ditipu dan mendapat apa yang kita cari. Dalam TripAdvisor ni, segala maklumat tentang pelancongan ada dibincangkan, jadi rajin rajin lah baca dalam TripAdvisor sebelum anda membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

6. Google Translate
http://q.gs/Drlpq
Ada orang yang tak ada Goole Translate dalam phone dia. Rupanya Google Translate ni tak semua orang pakai. Jadi anda check dulu android phone anda ada guna google translate atau tidak. Jika tiada, sila download cepat cepat. Google translate amat berguna ni Vietnam kerana pekerja di kedai tidak semua yang pandai bercakap bahasa inggeris. Sebagai contoh, nak tanya soalan "Adakah jenis kain berbeza". Cuba tanya dalam bahasa inggeris, dijawapnya "What, what, what...?" Jadi sila guna applikasi Google Translate semasa berkomunikasi dengan mereka.

Banyak lagi applikasi lain. Tapi semua tu rasanya anda sendiri boleh google dan download untuk kegunaan masing masing.

Tempat Membeli belah Yang Digemari Pelancong dan Pemborong di Bandar Ho Chi Minh

Ho Chi Minh yang dikenali sebagai pusat membeli belah barangan dengan harga murah mempunyai beberapa pasar yang cukup menarik. Berikut adalah senarai Nama Tempat Membeli belah Yang Digemari Pelancong dan Pemborong di Ho Chi Minh City.

1. Pasar Ben Thanh
http://q.gs/DrkQE
Pasar ini terletak di tengah bandar Ho Chi Minh iaitu di District 1.  Dalam pasar ini terdapat ramai penjual yang boleh berbahasa Melayu. Ini kerana terlalu ramai rakyat Malaysia melawat ke sini. Jika musim cuti sekolah anda boleh lihat sendiri, kiri kanan depan belakang anda adalah rakyat Malaysia. Penjual dalam pasar ini menerima mata wang Ringgit Malaysia. Sekiranya anda ingin membeli belah disini pastikan harga yang anda tawar adalah harga paling murah. Tanya dahulu harga dari beberapa kedai sebelum anda beli barang tersebut. Ini kerana, mereka akan letak harga yang sangat tinggi.


2. Saigon Square
http://q.gs/DrkQM
Saigon square terletak tidak jauh dari Ben Thanh Market dengan jalan kaki hanya 3 minit. Dalam Saigon square terdapat pakaian, beg dan kasut sahaja.  Namun begitu product yang dijual disini kebanyakkannya yang berjenama. Saya suka membeli belah disini. Penjual disini letak harga tetap. Mereka pamer harga barang yang dijual. Jika tawar menawar, mungkin dapat kurang harga sedikit sahaja.


3. Tan Binh Market
http://q.gs/DrkQR
Tan Binh Market merupakan pusat borong Ho Chi Minh. Boleh dikatakan seluruh peniaga di Ho Chi Minh mengambil barang dari sini. Di sini hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa Vietnam sahaja. penjual tidak paham bahasa inggeris dan lain2. Jadi untuk membeli belah di sini, anda perlu bawa pemandu pelancong atau tahu bahasa diorang.

4. Binh Tay
http://q.gs/Drlel
Binh Tay Market merupakan China Town di Ho Chi Minh City. Kebanyakkan barang disini adalah barang lama.  Jenis barang yang dijual disini lebih kurang sama dengan Ben Thanh Market. Harga lebih murah daripada Ben Thanh Market.

5. Ba Chieu
http://q.gs/DrkQU

6. Tan Dinh
http://q.gs/Drled

7. An Dong
http://q.gs/Drles

8. Ba Hoa
http://q.gs/Drley

Jadual Perjalanan Borong Dan Melancong Ke Ben Thanh Market Ho Chi Minh Vietnam

Berikut adalah itinerary perjalanan melancong dan memborong di Ho Chi Minh City. Jadual yang cukup menarik untuk mereka yang ingin memulakan perniaagaan borong di Vietnam sambil melancong dan mengenali negara vietnam di sebelah selatan.


Hari Pertama: Selamat Datang Ke Ho Chi Minh
0600 Berkumpul di KLIA Airpot
0820 Berlepas dari KLIA
0930 Tiba di TanSonNhat Airport
1000 Bertolak ke hotel di Ben Thanh
1030 Tiba di hotel untuk letak bagasi
1100 Shopping di Ben Thanh Market
1330 Lunch di Restaurant Kampung Melayu Ben Thanh
1430 Check in hotel
1500 Sambung shopping di Ben Thanh Market
1900 Makan malam
2000 Shopping di Pasar Malam Ben Thanh dan free aktiviti

Hari Kedua: Mekong Tour
0700 Breakfast di Hotel
0800 Bertolak to Mekong
0830 Singgah di Kedai Pakaian Diana's collection di District 7
0930 Singgah di kedai Pakaian lagi
1130 Tiba di Masjid India Mekong(Iman Haji Yaakob)
1145 Lunch dan solat
1300 Tiba di Mekong
1) Melawat sarang labah dan photo bersama ular sawa
2) Minum Tea madu
3) Naik Kereta Kuda
4) Makan buah sambil dengar lagu
5) Naik perahu
6) Melawat kilang kelapa
1500 Kembali ke Ho Chi Minh City.
1700 Singgah Helen Butik
1730 Tiba di Hotel dan free aktiviti
1900 Makan malam di The Daud restaurant dan free aktiviti di Pasar Malam

Hari Ketiga: Melawat Cu chi Tunnel
0700 Breakfast di Hotel
0830 Bertolak ke Cu chi tunnel.
0930 Singgah di kedai orang kurang upaya
1230 Lunch di Cu Chi Tunnel dan Solat
1330 Bertolak ke Ho Chi Minh City
1530 Free aktiviti

Hari Keempat:
0700 Breakfast di Hotel
0800 Shopping di Saigon Square
12:00 Lunch di restaurant halal kampung melayu
1330 Bertolak ke Tan Son Nhat Airport
1620 Bertolak balik ke Malaysia
1900 Tiba di KLIA.
2000 Berkumpul untuk bersurai

Thursday, 31 August 2017

Hari Pertama Perjalanan Ke Bandar Ho Chi Minh Dari KLIA

Hari pertama adalah hari yang paling teruja untuk memulakan perjalanan. Ramai yang tidak sabar untuk melihat bandar Ho Chi Minh. Ramai yang ingin menghabiskan duit dengan membeli barang yang jauh lebih murah dari Malaysia. Ramai yang terasa mahu melihat sendiri terowong Cu Chi Tunnel yang dibuat zaman perang. Ramai yang mahu experience menaiki perahu di Sungai Mekong. Hari pertama hari yang sangat penting kerana tanpa persedian yang rapi semua keinginan akan berkecai.

Plan masa anda untuk sampai ke airport lebih kurang 3 atau 2 jam setengah sebelum penerbangan. Ini kerana anda perlu beratur untuk check in bagasi. Kadang kadang queue tak panjang, tapi jika hari yang peak, beratur nak check in mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jika anda datang dengan kereta sendiri, parking kereta anda di BLOCK B bangunan parking KLIA. Bayaran parking adalah RM40 sehari. Untuk 4 hari termasuk GST, bayaran yang dikenakan adalah RM180. Simpan token parking anda betul betul supaya tidak hilang. Semasa penyerahan bagasi di kaunter checkin mereka akan tanya samada ada power bank atau tidak dalam bagasi, ini kerana power bank tidak dibenarkan dimasukkan dalam bagasi. Power bank perlu dimasukkan dalam hand carry beg anda. Jika anda membawa baby stroller, anda checkin baby stroller anda di kaunter supaya mereka lekatkan tag di baby stroller. Selepas itu bawa baby stroller sehingg ke muka pintu masuk kapal terbang. Nanti pramugari akan ambil baby stroller anda untuk diletak tempat bagasi kapal terbang.

Pastikan anda ingat nombor GATE kapal terbang anda. Ini adalah penting supaya tidak tersalah tempat menunggu. KLIA ni besar, nak kesana sini makan masa. Sesudah checkin, persiapkan diri untuk naik flight. Makan dahulu ataupon pergi toilet siap siap. Toilet dalam kapal terbang tak best. Kalau nak tahu bolehlah cuba. Terdapat Kaunter imigresen untuk Foreign Passport dan Malaysia Passport. Beratur di tempat Malaysia passport. Semasa di kaunter, hala muka anda ke camera imigeren. Tunjuk muka baik lepas tu terus masuk kedalam. Kalau nak beli barang Free Duty, sila pilih cepat-cepat. Jangan berlengah.

Tiba di  Tan Son Nhat airport, Ho Chi Minh.
Seronok tak naik kapal terbang selama dua jam? Bergegar gegar bila masuk dalam awan.Itulah yang akan anda rasai. Bagi mereka yang tak pernak naik kapal terbang tu, jangan tidur dalam kapal. Pastikan anda menikmati pemandangan dan pengalaman berharga itu. Bila dah tiba di airport, anda akan keluar terus ke tempat imigresen Vietnam. Orang orang imigresen Vietnam mukanya takder bunga dalam taman  langsung. Mereka tak pandai bahasa inggeris. Jadi tak payah cakap apa apa dengan mereka. Beratur jer. lepas tu serah passport. dan terus berlalu menuju ke bagasi.

Ambil bagasi anda di atas conveyer belt dan terus keluar dari airport. Semasa keluar pintu airport anda akan lihat sebelah kiri banyak kedai Money Changer. Sebelah kanan pula ada kedai jual sim kad. Beli simkad anda disini. Package untuk simkad ialah VND200000 (RM40) untuk data 3GB. So ini sudah memadai untuk 4 hari. Pakej ini tidak boleh digunakan untuk buat call. Jadi anda hanya boleh guna whatsapp untuk buat whatsapp call.

Taxi pula jangan ambil yang dalam airport. Selepas beli sim kad, keluar dari airport, hala ke sebelah kiri bangunan. akan ada taxi meter iaitu VINASUN TAXI. Tunjuk gambar hotel anda kepada perkerjanya nanti dia akan bagitahu pemandu taxi. Harga tambang taxi bermeter dari Tan Son Nhat airport ke Ben Thanh Market lebih kurang VND140000. Di Vietnam segala perkhidmatan kita mesti hulurkan 'TIP'. Anda bagi jer tip sebanyak VND10000,jadi harga tambang taxi ialah VND150000 (RM30).

Tiba jer di hotel, anda pergi ke kaunter bagitahu booking anda kepada kaunter. Kebanyakkan kaunter hotel mempunyai pekerja yang mahir bahasa inggeris. Jika anda tiba sebelum masa checkin bilik hotel, anda perlu bagitahu pekerjanya anda ingin simpan barang disini dahulu, nanti pukul 3 anda datang balik untuk checkin. Mereka akan minta passport anda. Sepanjang anda di Vietnam, Hotel akan pegang passport anda. Jika berlaku apa-apa suruh mereka rujuk hotel anda. Kerana hotel akan menjadi orang perantaraan kepada anda semasa anda berada di Vietnam.




Persiapan Bercuti Sambil Borong Barang di Ho Chi Minh City Vietnam

Vietnam memang terkenal dengan jolokan nama pusat borong murah. Rakyat Malaysia yang biasa dengan borong pakaian memang ramai yang teringin pergi kesana. Sebelum ke Vietnam berikut adalah perkara yang perlu disediakan.

1. Passport
Buat passport bagi mereka yang belum mempunyai passport. Caranya senang sahaja. Individu yang ingin buat passport mestilah hadir ke kaunter pejabat imigresen Malaysia dengan membawa Kad Pengenalan diri. Bagi yang berumur kurang dari 18 tahun sila bawa surat beranak dan kad mykid. Proses untuk buat kad pengenalan sekejap sahaja, iaitu dalam masa 2 jam boleh siap semuanya. And perlu ambil no. Bila nombor dipanggil, pergi ke kaunter dengan menunjukkan kad pengenalan. Pegawai bertugas akan tangkap gambar anda. Kemudian anda diminta untuk tunggu selama satu jam untuk membuat pembayaran sebanyak rm200.00. Selepas itu nombor anda akan dipanggil lagi untuk ambil passport. Bagi mereka yang sudah mempunyai passport check tarikh tamat passport anda. Jika ianya kurang dari 6 bulan anda mesti pergi memperbaharuinya. 
Sila rujuk website Imigresen Malaysia untuk maklumat lebih lanjut:
http://q.gs/DrhLP

2. Ticket Kapal Terbang
Dari Malaysia Ke Ho Chi Minh, ada 4 Syarikat penerbangan yang biasa rakyat Malaysia guna iaitu :
- Mas Airline http://q.gs/DrhTw
- Air Asia http://q.gs/DrhUD
- Malindo Air  http://q.gs/DrhFc

- Vietnam Airline http://kaitect.com/17FQ
Semasa membeli tiket perhatikan bagasi. Pastikan ada bagasi semasa pulang ke Malaysia. Biasanya kalau anda memborong pakaian di Ho Chi Minh, secara purata berat seseorang memborong boleh mencecah bagasi sehingga 25KG.

3. Booking Hotel
Zaman sekarang sangat mudah nak booking hotel. Perlbagai website yang menawarkan harga menarik dan mudah untuk access dari Malaysia. Saya biasa dengan website booking.com, namun begitu anda boleh juga guna website lain anda biasa. Harga pon lebih kurang sahaja. Biasanya saya tinggal 4 hari tiga malam untuk bilik family yang tak jauh dari Ben Thanh Market, harganya USD20 sehari. Sila rujuk website ini untuk lebih lanjut http://q.gs/DrhVB

4. Beli Bagasi
Saya beli beg bagasi yang muat 20KG dan 30KG. Bila pergi dengan Air Asia, kita diberi sebanyak 30KG percuma bagasi, jadi yang 20KG lagi bayar sendiri. Kat mana nak dapat beg bagasi ni? Pergi GM Klang Shopping Center, naik tingkat 3, terdapat banyak kedai beg bagasi. Harga beg bagasi ni pelbagai. Belilah beg yang mampu milik lebih kurang RM170 satu beg. Beli yang ada roda dan lock, supaya senang dibawa dan tiada siapa boleh membukanya kecuali anda. Biasanya semasa pulang dari Vietnam, beg bagasi ni ramai yang balut atau 'Wrap' beg tu dengan plastic sebab takut beg terbuka semasa pekerja airline bahagian bagasi memindah beg anda masuk ke dalam kapal terbang.  Maklumlah beg kan dah penuh dengan barang yang anda borong.


5. Charger telefon, Plug Adapter dan Extension
Telefon pintar atau android phone atau pun Iphone sangat penting semasa berada di Vietnam. Ia menjadi keperluan kerana itulah alat untuk kita berkomunikasi dan supaya tiada masalah semasa berada di Vietnam. Jadi apa yang perlu anda buat ialah, beli siap-siap Travel Plug Adapter di Malaysia untuk kegunaan charge telefon anda di Vietnam. Tak payah beli adapter yang mahal, yang rm20 kebawah pon dah OK. Jika anda nak charge benda lain lagi atau nak guna starika baju, anda bawa juga extension dari malaysia, sebab di dalam hotel hanya ada satu plug sahaja. Jadi extension ni sangat penting supaya boleh charge telefon atau power bank secara serentak dan boleh juga sterika baju pada masa yang sama.

6. Tukar Duit Vietnam Dong
Kat mana nak tukar duit Vietnam Dong? Di Malaysia ni ada banyak Money Changer. Jadi tak perlu risau lah pasal money changer. Jika anda ada masa, boleh pergi ke Money Changer di Mid Valley, kata sana ada 3 money changer yang harganya sangat murah berbanding Money Changer kat luar. Berapa wang yang hendak ditukar terserah kepada bajet anda untuk membeli belah. Kalau di pasar Ben Thanh, ramai pekedai menerima wang Ringgit Malaysia kerana mereka sudah biasa dengan rakyat Malaysia. Cuma berapa tempat dan perkhidmatan tidak menerima Ringgit Malaysia seperti bayar taxi, boat ke Mekong dan sesetengah hotel. Kalau anda tukar RM1000 ke dalam Vietnam Dong rasanya sudah cukup . Selebihnya anda bawa Ringgit Malaysia. 

7. Pakaian Semasa Berada Di Vietnam
Tak perlu bawa banyak pakaian untuk berada di Vietnam. Iklim di Vietnam lebih kurang sama dengan Iklim di Malaysia. Kalau 4 hari 3 malam cukup untuk 5 helai. Selebihnya beli saja di pasar Ben Thanh atau di pasar malam Ben Thanh. Pakaian di sana sangat murah, anda mesti akan membelinya.

8. Travel bersama anak kecil
Jika anda travel bersama anak kecil, berikut ada perkara yang perlu disediakan.
- Stroller baby atau baby carrier.
- Pampers
- Susu, botol susu dan peralatan cuci botol susu.
- Thermos air panas.



Friday, 18 August 2017

Tiket Murah Pergi ke Ho Chi Minh Vietnam

Website Ticket Murah MalindoAir : http://q.gs/DrhFc

Bila nak masuk cuti sekolah, ibu bapa saudara mara anda sekalian, sudah tentu ramai yang sibuk duk fikir kemana kah kita akan pergi bercuti kali ini? Plan untuk pergi bercuti ni sangat penting. Kalau anda buat plan awal awal, sudah pasti banyak perkara yang dapat anda berjimat. Anda tetapkan tarikh percutian. Anda tetapkan tempat yang hedak dituju. Cari maklumat dalam internet sebanyak mungkin dan buat keputusan dalam keadaan yang tenang.

 Untuk mereka yang hendak pergi bercuti ke luar negara, banyak perkara yang perlu disediakan. kali ini saya cerita sikit pengalaman mencari tiket untuk pergi bercuti ke vietnam. Nak dapatkan tiket kapal terbang murah ke Vietnam. Boleh berjimat banyak supaya boleh membeli belah banyak di Vietnam. 

 Percutian ke Vietnam ni biasanya rakyat Malaysia pergi ke Ho Chi Minh City, kerana kat sana ramai orang Malaysia membeli belah di pasarnya yang murah. Jadi tiket Kapal terbang mesti lah destinasinya Ho Chi Minh City.

 Seperti yang anda tahu, selain MAS Airline anda mesti akan menjenguk website tiket kapal terbang Airasia kan? OK. Memang betul AirAsia lebih murah dari MAS. Sekiranya anda check tiket MAS Airline dalam masa 3 bulan sebelum penerbangan, tiketnya biasa dalam RM300 sehala. Jadi pergi balik dapatlah RM600 seorang. Tapi itu bukan tarikh peak. Jika tarikh peak, lebih kuran RM500 sehala. Mahal kan?

 Jadi untuk dapat yang lebih murah anda tengok pula AirAsia. Pernerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh ni banyak. Tiket boleh dapat dalam Rm120 sehala jika anda terbang waktu tengah malam. Biasanya kalau pernerbangan balik dari Ho Chi Minh tu, boleh la ambil malam kerana anda boleh terus balik tidur di rumah. Namun kalau tiket pernerbangan ke Ho Chi Minh, anda tentunya mahu check in hotel, jadi sebolehnya ambil awal pagi dalam pukul 9 pagi waktu Malaysia. Pergi ke Ho Chi Minh beli tiket yang mahal sikit dalam RM270, bila balik ke Malaysia, beli tiket yang murah. Jadi disini banyak yang boleh anda jimat.

 Selain dari AirAsia, pernerbangan yang ramai orang tak biasa ialah Malindo Air. Syarikat Malindo Air ada dua penerbangan sehari ke Ho Chi Minh City, pukul 8 pagi dan 2 petang. Balik ke Malaysia pukul 10 pagi dan 4 petang. Syarikat ini sedang berkembangan dan mungkin akan tambah penerbangannya ke Ho Chi Minh kerana semakin dapat populariti di kalangan rakyat Malaysia. Selain dari tiketnya yang murah, MalindoAir menawarkan bagasi 30KG untuk setiap penumpang. Ini amat menjimatkan kerana bila anda melancong ke Ho Chi Minh, sudah tentu berat bagasi anda bertambah apabila anda membeli belah di Ho Chi Minh.

Jika anda memilih untuk terbang ke Ho Chi Minh dengan AirAsia, anda perlu ingat bahawa harga bagasi tidak termasuk dalam ticket anda. Jadi anda perlu membayar jumlah bagasi yang amat tinggi harganya. Di sinilah ramai yang terkena. Apabila nak balik Malaysia, banyak pula duit yang perlu dibayar kepada AirAsia. Secara peribadi, saya memilih MalindoAir kerana bagasi 30KG seorang yang diperuntukkan secara percuma amat berbaloi dengan harga ticket rm170 sehala.

Website Ticket Murah MalindoAir.
http://q.gs/DrhFc

Borong Barang Di Cina

Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia berniaga online. Ini adalah disebabkan oleh fenomena ilmu facebook ads yang dikongsi dan diaja...