Hari pertama adalah hari yang paling teruja untuk memulakan perjalanan. Ramai yang tidak sabar untuk melihat bandar Ho Chi Minh. Ramai yang ingin menghabiskan duit dengan membeli barang yang jauh lebih murah dari Malaysia. Ramai yang terasa mahu melihat sendiri terowong Cu Chi Tunnel yang dibuat zaman perang. Ramai yang mahu experience menaiki perahu di Sungai Mekong. Hari pertama hari yang sangat penting kerana tanpa persedian yang rapi semua keinginan akan berkecai.
Plan masa anda untuk sampai ke airport lebih kurang 3 atau 2 jam setengah sebelum penerbangan. Ini kerana anda perlu beratur untuk check in bagasi. Kadang kadang queue tak panjang, tapi jika hari yang peak, beratur nak check in mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jika anda datang dengan kereta sendiri, parking kereta anda di BLOCK B bangunan parking KLIA. Bayaran parking adalah RM40 sehari. Untuk 4 hari termasuk GST, bayaran yang dikenakan adalah RM180. Simpan token parking anda betul betul supaya tidak hilang. Semasa penyerahan bagasi di kaunter checkin mereka akan tanya samada ada power bank atau tidak dalam bagasi, ini kerana power bank tidak dibenarkan dimasukkan dalam bagasi. Power bank perlu dimasukkan dalam hand carry beg anda. Jika anda membawa baby stroller, anda checkin baby stroller anda di kaunter supaya mereka lekatkan tag di baby stroller. Selepas itu bawa baby stroller sehingg ke muka pintu masuk kapal terbang. Nanti pramugari akan ambil baby stroller anda untuk diletak tempat bagasi kapal terbang.
Pastikan anda ingat nombor GATE kapal terbang anda. Ini adalah penting supaya tidak tersalah tempat menunggu. KLIA ni besar, nak kesana sini makan masa. Sesudah checkin, persiapkan diri untuk naik flight. Makan dahulu ataupon pergi toilet siap siap. Toilet dalam kapal terbang tak best. Kalau nak tahu bolehlah cuba. Terdapat Kaunter imigresen untuk Foreign Passport dan Malaysia Passport. Beratur di tempat Malaysia passport. Semasa di kaunter, hala muka anda ke camera imigeren. Tunjuk muka baik lepas tu terus masuk kedalam. Kalau nak beli barang Free Duty, sila pilih cepat-cepat. Jangan berlengah.
Tiba di Tan Son Nhat airport, Ho Chi Minh.
Seronok tak naik kapal terbang selama dua jam? Bergegar gegar bila masuk dalam awan.Itulah yang akan anda rasai. Bagi mereka yang tak pernak naik kapal terbang tu, jangan tidur dalam kapal. Pastikan anda menikmati pemandangan dan pengalaman berharga itu. Bila dah tiba di airport, anda akan keluar terus ke tempat imigresen Vietnam. Orang orang imigresen Vietnam mukanya takder bunga dalam taman langsung. Mereka tak pandai bahasa inggeris. Jadi tak payah cakap apa apa dengan mereka. Beratur jer. lepas tu serah passport. dan terus berlalu menuju ke bagasi.
Ambil bagasi anda di atas conveyer belt dan terus keluar dari airport. Semasa keluar pintu airport anda akan lihat sebelah kiri banyak kedai Money Changer. Sebelah kanan pula ada kedai jual sim kad. Beli simkad anda disini. Package untuk simkad ialah VND200000 (RM40) untuk data 3GB. So ini sudah memadai untuk 4 hari. Pakej ini tidak boleh digunakan untuk buat call. Jadi anda hanya boleh guna whatsapp untuk buat whatsapp call.
Taxi pula jangan ambil yang dalam airport. Selepas beli sim kad, keluar dari airport, hala ke sebelah kiri bangunan. akan ada taxi meter iaitu VINASUN TAXI. Tunjuk gambar hotel anda kepada perkerjanya nanti dia akan bagitahu pemandu taxi. Harga tambang taxi bermeter dari Tan Son Nhat airport ke Ben Thanh Market lebih kurang VND140000. Di Vietnam segala perkhidmatan kita mesti hulurkan 'TIP'. Anda bagi jer tip sebanyak VND10000,jadi harga tambang taxi ialah VND150000 (RM30).
Tiba jer di hotel, anda pergi ke kaunter bagitahu booking anda kepada kaunter. Kebanyakkan kaunter hotel mempunyai pekerja yang mahir bahasa inggeris. Jika anda tiba sebelum masa checkin bilik hotel, anda perlu bagitahu pekerjanya anda ingin simpan barang disini dahulu, nanti pukul 3 anda datang balik untuk checkin. Mereka akan minta passport anda. Sepanjang anda di Vietnam, Hotel akan pegang passport anda. Jika berlaku apa-apa suruh mereka rujuk hotel anda. Kerana hotel akan menjadi orang perantaraan kepada anda semasa anda berada di Vietnam.
Beli Borong Di Vietnam Dan China Serta Melancong Satu Dunia Berniaga Online Dengan Teknik Marketing Facebook Paling Berkesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Borong Barang Di Cina
Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia berniaga online. Ini adalah disebabkan oleh fenomena ilmu facebook ads yang dikongsi dan diaja...
-
Setiap kali pergi melancong ke luar negara, kita akan tertanya tanya berapa duit yang perlu ditukar. Mata wang asing bagi kita tak bernilai ...
-
Ketika melawat Vietnam, salah satu perkara yang akan anda tertarik ialah bagpack. Vietnam adalah salah sebuah negara yang mempunyai kilang m...
No comments:
Post a Comment